Personal Data Protection Notice(BM)
| EN | BM |
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Perlindungan Data Peribadi Anda Adalah Penting Bagi Kami
Kami di Agensi Pekerjaan Permit Pro Consultancy Sdn. Bhd dan syarikat yang berkaitan dengannya (“kami”) berkomited untuk melindungi data peribadi anda dan menghormati privasi individu. Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menjelaskan cara kami mengumpul, memproses, menyimpan dan menzahirkan data peribadi anda serta langkah-langkah perlindungan yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) bagi memastikan data peribadi anda yang telah dikumpul diperlakukan dengan tahap perlindungan dan kerahsiaan yang sesuai.
Dengan terus mengakses laman web kami, menggunakan produk atau perkhidmatan kami, berkomunikasi dengan kami melalui telefon, emel, secara peribadi atau melalui cara-cara yang lain, atau apabila anda memberikan data peribadi anda kepada kami secara sukarela, anda menjamin bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan bersetuju dengan pengumpulan, penyimpanan, penggunaan dan penzahiran data peribadi anda seperti yang dijelaskan di dalam Notis ini.
Apakah Data Peribadi Yang Kami Kumpulkan?
Data peribadi yang dikumpulkan daripada anda adalah bagi tujuan yang tersenarai dibawah termasuk tetapi tidak terhad kepada:
• sejarah kerjaya seperti maklumat majikan, jawatan dan tugas, tarikh bekerja, gaji dan faedah, rujukan pekerjaan
• latar belakang pendidikan seperti tahap pendidikan, rekod akademik
• imej (statik / rakaman) / foto
• akaun LinkedIn dan pautan akaun media sosial yang berkenaan
• maklumat lain yang dikumpul daripada interaksi anda dengan kami dan penggunaan laman web kami
• data peribadi sensitif seperti maklumat kesihatan fizikal dan mental, ubat-ubatan yang diambiil, status muflis, maklumat berkenaan pasangan, anak dan ahli keluarga atau maklumat mengenai melakukan kesalahan atau dakwaan melakukan kesalahan, tertakluk kepada persetujuan jelas jika diperlukan.
(dirujuk secara kolektif sebagai “data peribadi”)
Dimana anda memberikan data peribadi mana-mana pihak ketiga kepada kami, kebenaran dianggap telah diberikan kepada kami untuk memproses dan menzahirkan data peribadi pihak ketiga tersebut.
Anda mengakui bahawa anda telah memberikan data peribadi kepada kami secara sukarela. Kegagalan anda untuk memberikan data peribadi yang wajib boleh menjejaskan keupayaan kami untuk memenuhi tujuan yang disenaraikan dibawah.
Mengapa Kami Mengumpul Data Peribadi?
Kami akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan berikut (jika berkenaan):
• menzahirkan dan mengemukakan data peribadi anda, termasuk curriculum vitae/resume dan dokumen sokongan, kepada bakal majikan bagi tujuan mendapatkan peluang pekerjaan
• mengekalkan rekod dalaman untuk tujuan pentadbiran, audit dan pelaporan
(dirujuk secara kolektif sebagai “tujuan”)
Bagaimana Kami Mengumpul Data Peribadi?
Kami hanya akan mengumpul data peribadi dengan cara yang sah dan adil. Kami mengumpul data peribadi anda dari semasa ke semasa, apabila anda mengisi dokumen dan/atau borang secara fizikal dan/atau elektronik, berhubung dengan kami atau apabila anda secara sukarela memberikannya kepada kami melalui telefon, laman web, dokumen sokongan atau daripada pihak ketiga yang telah menerima kebenaran anda.
Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda memberi kebenaran kepada kami untuk memproses data peribadi selaras dengan Notis ini, dan anda mengesahkan bahawa data peribadi yang telah diberikan adalah tepat dan lengkap, dan maklumat tersebut tidak mengelirukan atau telah tamat tempoh. Anda perlu dengan segera menghubungi kami untuk mengemas kini data peribadi sekiranya berlaku sebarang perubahan.
Akibat Tidak Memberikan Data Peribadi Anda?
Walaupun anda tidak diwajibkan untuk memberikan data peribadi anda kepada kami, kegagalan untuk memberikan maklumat yang diperlukan akan menjejaskan fungsi kami untuk memenuhi tujuan yang ditetapkan dalam Notis ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada memproses permohonan anda bagi syarikat yang ingin mengambil calon yang layak dan bagi individu yang sedang mencari pekerjaan.
Bagaimana Kami Memastikan Maklumat Anda Selamat?
Perlindungan data peribadi anda adalah penting bagi kami. Kami mengambil berat tentang keselamatan data peribadi anda dan telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi bagi melindunginya daripada kehilangan, salah guna, akses tanpa kebenaran, penzahiran, ubah suaian atau kemusnahan selaras dengan PDPA.
Berapa Lama Data Peribadi Anda Akan Disimpan?
Data peribadi anda akan disimpan hanya selama mana perlu untuk memenuhi tujuan pengumpulannya atau untuk sebarang tujuan lain yang sah mengikut undang-undang. Tempoh penyimpanan juga akan mempertimbangkan keperluan undang-undang, kawalselia, cukai, perakaunan atau operasi lain yang berkenaan. Selepas tamat tempoh penyimpanan atau apabila data peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan ini, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan data tersebut dimusnahkan, dipadamkan, dirahasiakan atau dialih keluar secara kekal daripada sistem kami.
Penzahiran Kepada Pihak Ketiga
Data peribadi anda mugkin akan dizahirkan kepada bakal majikan dan/atau perekrut/pengambilan pekerja professional bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini.
Kami juga mungkin akan menzahirkan data peribadi anda dimana penzahiran tersebut diperlukan di bawah undang-undang, perintah mahkamah atau menurut garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau jika kami secara munasabah percaya mempunyai hak yang sah untuk menzahirkan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga atau bahawa kami akan mendapat persetujuan anda untuk perzahiran tersebut jika anda mengetahui tentang penzahiran tersebut atau penzahiran tersebut adalah untuk kepentingan awam.
Hak-Hak Anda Sebagai Subjek Data
Di bawah PDPA, anda mempunyai hak untuk:
a) Hak untuk mengakses
Anda berhak untuk meminta akses dan salinan data peribadi yang dipegang oleh kami
b) Hak untuk membetulkan
Anda berhak untuk meminta kami untuk mengemaskini atau membetulkan data peribadi anda
c) Hak untuk menarik balik persetujuan
Anda berhak untuk menarik balik persetujuan yang anda telah berikan untuk pemprosesan data peribadi tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika persetujuan anda untuk memproses data peribadi ditarik balik, ia akan menjejaskan fungsi kami untuk memenuhi tujuan yang disenaraikan diatas.
d) Hak untuk menghalang pemprosesan
Anda berhak untuk meminta kami memberhentikan pemprosesan data peribadi bagi suatu tujuan yang tertentu.
e) Hak kemudahalihan data
Anda berhak untuk meminta kami memindahkan data peribadi yang telah anda berikan kepada organisasi lain.
Penggunaan Kuki
Laman web kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi pengesanan yang serupa untuk meningkatkan pengalaman pengguna, menganalisis trafik tapak laman web dan menyokong fungsi perkhidmatan kami. Kuki ialah data kecil yang disimpan dalam peranti anda yang dapat membantu mengenali aktiviti pelayaran pengguna dan membantu laman web berfungsi dengan lebih cekap. Anda boleh memilih untuk menyekat atau mengurus kuki melalui tetapan pelayar web anda, namun perlu mengambil perhatian bahawa ia boleh menjejaskan ketersediaan atau fungsi ciri tertentu laman web kami. Dengan terus menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki seperti yang diterangkan dalam Notis ini.
Pindaan Notis
Kami berhak untuk menggemas kini atau meminda Notis in dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan akan disiarkan di laman web kami.
Selaras dengan Seksyen 7(3) PDPA, Notis is dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
Maklumat Untuk Dihubungi
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau ingin mengemukakan permintaan berkaitan pemprosesan data peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami di:
Agensi Pekerjaan Permit Pro Consultancy Sdn. Bhd.